Mahir Jahit Intake 4 Modul 11 Sesi 1 - Pola Kurung Moden Kolar Mandarin

30 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 29 September 2026, telah diadakan Kelas Mahir modul 11 bertajuk “Pola Kurung Moden Kolar Mandarin” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Pembelajaran dijalankan secara atas talian. Dalam modul ini, Peserta akan mempelajari cara mendraf pola Kurung Cheongsam mengikut ukuran badan. Topik ini memberi pendedahan kepada reka bentuk pakaian yang menggabungkan elemen tradisional dan moden.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali